Berpuasa dengan selamat Ramadan ini sebagai seorang pesakit kencing manis

By the team at Speedoc,
 
May 08, 2020

Bulan mulia Ramadan bermula pada 23 April. Pada bulan ini, ramai umat Islam akan berpuasa dari subuh hingga matahari terbenam, berbuka puasa pada waktu petang dengan Iftar.

Berpuasa boleh berbahaya untuk umat Islam dengan kencing manis yang tidak terkawal. Risiko utama berpuasa bagi pesakit kencing manis adalah hipoglisemia, atau gula darah rendah. Diet memainkan peranan penting dalam menguruskan kencing manis. Tanpa penyesuaian dos ubat kencing manis, berpuasa boleh menyebabkan penurunan tahap gula dalam darah, membawa kepada akibat yang berpotensi mengerikan seperti sawan atau pengsan.

Bagaimana anda boleh berpuasa secara selamat dengan kencing manis?

  • Bekerjasama dengan doktor anda untuk menyesuaikan dos ubat anda. Perubahan pada jadual ubat anda, seperti dos yang lebih kecil sebelum Sahur (makanan sebelum puasa), dos yang lebih besar pada waktu malam, atau mengurangkan dos ubat harian secara keseluruhan akan membantu anda menguruskan tahap gula anda dengan lebih baik sepanjang hari. Jangan menyesuaikan atau menghentikan ubat anda sendiri; selalu berbincang dengan doktor anda sebelum membuat penyesuaian ubat.

  • Pantau tahap gula darah anda dengan teliti. Perhatikan badan anda dan perhatikan tanda-tanda tahap gula darah rendah atau penyahhidratan. Jejaki tahap gula darah anda sepanjang hari dan segera berhenti berpuasa sekiranya anda menunjukkan simtom-simtom hipoglisemia, termasuk pening, menggeletar, kelaparan, berpeluh, dan kekeliruan.

  • Makan secara sederhana sebelum dan selepas berpuasa. Jangan melangkau Sahur, dan makan dengan segera selepas Iftar (juadah berbuka puasa pada waktu petang). Elakkan daripada makan makanan bergula dan terlalu banyak karbohidrat, kerana mereka boleh menyebabkan lonjakan tahap gula darah, dan minum sekurang-kurangnya lapan cawan minuman tanpa gula untuk kekal terhidrat.

Menavigasi Ramadan di tengah-tengah wabak COVID-19 sebagai seorang pesakit kencing manis

Ramadan tahun ini dimulakan dengan suasana yang berbeza disebabkan oleh penutupan masjid-masjid dan terpaksa tinggal di rumah bersama keluarga anda dan bukannya keluar melawat keluarga besar anda.

Sebagai seseorang dengan kencing manis, anda dianggap mempunyai risiko komplikasi yang lebih tinggi disebabkan oleh COVID-19. Menjaga keadaan anda di bawah kawalan juga merupakan cara lain untuk kekal selamat dan mengurangkan kerentanan anda terhadap virus. Namun begitu, ini menjadikan keluar untuk pemeriksaan rutin mencabar. Di satu pihak, ia adalah sangat penting untuk anda tinggal di rumah sebanyak mungkin untuk mengurangkan risiko anda daripada jangkitan virus. Tetapi sebaliknya, menerima pemeriksaan dan ujian darah anda adalah kunci dalam menguruskan kencing manis.

Selain daripada mengambil risiko dan keluar dari rumah untuk pemeriksaan dan ujian anda, kenapa tidak membiarkan doktor datang kepada anda? Profesional doktor-doctor dan jururawat-jururawat daripada Speedoc boleh membuat lawatan ke rumah untuk menjalankan ujian darah rutin, bincangkan penyesuaian ubat, memantau keadaan anda, dan memberi nasihat mengenai penyesuaian makanan, semuanya dari keselesaan dan keselamatan kediaman anda sendiri.

Bekerjasama dengan doktor untuk memastikan kencing manis anda dikawal dan diurus dengan baik akan memastikan bulan mulia Ramadan yang selesa dan selamat. Periksa pakej pengurusan kencing manis Speedoc untuk jadual penjagaan yang berstruktur, atau mengetahui lebih lanjut mengenai lawatan ke rumah doctor kami di laman web kami. Untuk menempah lawatan dari doktor atau jururawat Speedoc, kunjungi sistem tempahan dalam talian kami, muat turun aplikasi kami di App Store atau Google Playstore, atau hubungi atau Whatsapp kami di talian +60 11 4166 1178.